Saturday, April 21, 2012

Our Trip to Pusat Jagaan Kucing Omiey

[Amaran, entry kali ni berkaitan dengan usaha membantu haiwan bernama KUCING, bukanlah pelanduk, ayam serama, kambing gurun, iguana atau binatang2 lain]


Hi Everyone,

As promised, this is my entry about our KATS (Kucing Adalah Teman Setia) trip to PJK Omiey@Kepong, sorry la entry ni maybe terlebih panjang, because it's something we care about.

Perjalanan ke sana taklah susah sangat, if you know how to get to FRIM (Kepong) dari situ agak senang nak locate rumah banglo setingkat millik owner nya Lissa, ini. Kitorang gerak dalam pukul 2.30ptg and dalam pukul 3ptg dah sampai. Sib baik ade google maps kan...? Kawasan Kg Melayu Kepong ni agak besar, and banyak juga kelihatan rumah2 banglo mewah di sini. Sesampainya di PJK, dan sementara tunggu Lissa sampai, kami berjalan2 di perkarangan rumahnya.



Ni rupe rumah PJK Omiey dari depan


 That's me, sewaktu menunggu Lissa pulang dari adoption drive. Yg belakang tu Cat shelter agak besar.


One of Lissa part time workers, and a couple looking at adopting a cat, was also seen wandering about the compound. Lissa and her mom actually made a huge cat shelter in their own backyard. (Yg belakang tu, ada banner tu)



Berborak ngan Abg ni, sambil menunggu Lissa pulang

Kartini in front of the huge cat shelter. Yang baju purple tu pun tengah tunggu orang nak adopt dia.



Among the shelter residents, kucing2 yang di serahkan orang, terbiar, atau diselamatkan:





Menemuramah Owner Omiey Home, Lissa.


Agak sukarlah nak jot down everything yang kami bincangkan today... tapi...Secara kesimpulan, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... Lissa and her family started Omiey home actually 4 years ago. Sebagai pencinta kucing, mereka dah convert their own home to be temporary shelter for cats. They are now a registered Non-Profit organization. Nasib mereka baik kerana, mereka ada compound rumah yang besar, and tidakla mengganggu jiran sangat.. Sewaktu menemubual Lissa, ada gak time2 yang dia agak emotional bila menceritakan pengalaman dia.

Yerlah, kalau kita tak melalui apa yang dia lalui, mungkin senanglah orang nak cakap "Jaga kucing senang kan...bagi jelah makan"... Tapi tat is so far from the truth... Nak jaga kucing bukan la senang. Nak jaga seekor pon dah susah, ni kan pula kalau dah banyak. And kos penjagaan kucing pun bukanla murah...Pet food, pasir kucing, vitamin, ubat-ubatan.... Iyerlah masa kucing tu kecik, semua orang suka, nak main, nak bela, tapi bila dah besar atau dah bosan di buang merata tempat. (Tetiba my blood pon dah mula go upstairs la kan...)

[Tujuan kami (KATS) bukanla nak condemn sesapa, tapi tujuan kami ialah nak create AWARENESS, nak create kesedaran orang ramai, bahawa HAIWAN PELIHARAAN or PETS, bukanla binatang yang tanpa perasaan. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri pun memelihara kucing kan...]

Anyway, sorry tersasar pulak dari topik asal, oh ya, PJK Omiey can only fit 150 cats at any one time, so Lissa and her family bekerja keras utk menempatkan sebanyak kucing yang boleh to new owners. So setakat ni, mereka aktif buat 'free adoption day' so that, they can accomodate more cats.

Antara inisiatif yg dilakukan mereka:
1) Free Adoption Day - setiap Rabu hingga Ahad di Uptown Danau Kota -  sampai 3 pagi.
2) Free adoption Day - di campus2 sekitar Lembah Kelang (contohnya harini dorg gi Kolej Polytech Cheras)
3) Adoption Day di Tesco Kepong.
4) Usaha selamatkan kucing jika diberitahu orang ramai, spt stray cats di pasar2 or gerai2

Buat masa sekarang, mereka hanya bergantung kepada derma ikhlas orang ramai sahaja, so that is where we [as in KATS] will play a role in creating the awareness, and hopefully we will do events that will support them.[jika ada rezeki Insyallah]

Antara issue yang dihadapi mereka:

"Banyak kucing kelihatan sakit dan kurus." 

Kadang kala, kucing yang diselamatkan ada mempunyai penyakit, dan kos perubatan yang elok, agak mahal. And kadang2, penyakit tu berjangkit seblum mereka sempat nak berbuat apa2. So mereka sedang mengumpul dana utk membuat sangkar lagi satu, utk mengasingkan kucing2 sakit, so senang mereka nak rawat.

Terus terang, senang la orang nak cakap 'Kenapa korang tak jaga kucing tu sampai gemuk or kenapa banyak kelihatan sakit'

Jawapannye senang:
Kucing kalau dulu pernah disayangi di manjai owner, tetibe kena buang, mestila dia depressed, and they won't eat. Paksa la macam mana pon. What they need is an owner that can love them. Insyallah, mereka kembali kuat, gemuk dan comel. (Aicehhhhhh)


'Spay, neuter, kembiri, mandulkan...? Tak pupus ke kucing nanti...? Kesian kucing tu...'

Soalan di atas antara soalan2 fofuler yang sering ditimbulkan. Adik2...abang2...usaha2 itu semua adalah bertujuan untuk 'mengawal populasi' kucing. Sekarang ni populasi mereka dah berlebihan, cuba pergi ke pasar2 besar, gerai2 makan, rumah2 kedai, etc. Tidakkah lagi kesian kalau kucing jalanan beranak pinak tanpa owner nak jaga dorang..And lebih kejam nasib mereka kalau di tangkap dan terseksa di pusat2 kurungan menanti mati. (Tolong bezakan di sini ye.. Pusat Jagaan (Shelter) dan Pusat Kurungan (tempat2 kurungan contohnye MPAJ or DBKL)

So camtulah, pengalaman kami hari ni, kami respect and menyokong PJK Omiey ni, dan kami nak mengalu-alukan supaya shelter2 lain bergabung sama untuk bertukar2 pendapat dan boleh la menolong satu sama lain. Tak payahla nak condemn or jatuhkan usaha murni mereka ini. Kalau bukan mereka yang buat, sape lagi yang nak buat? [Soklan cepumas disitu kan?].  Setakat ni, kitorg cuma tahu pasal PJK Omiey ni, tapi kalau ade sesape yang tahu mengenai shelter2 lain, silalah bagitahu kami ok. Insyallah sumbangan, derma ikhlas, even your support sahaja pun dah memadai untuk membantu mereka. Insyallah usaha anda semua akan diberkati Allah swt.Amin.

Kalau korang ade facebook, korang boleh la like 'Pusat Jagaan Kucing' untuk mengetahu details lebih lanjut.


PS/ Lissa akan hadir to our KATS Hi-Tea and Charity Sale, event on 12 May bulan depan. She will share more details with all of us on that day as well.

Seblum terlupa, terimalah salam pengenalan kucing2 my family cats, semua nya kami selamatkan dari jalanan.
















2 comments:

  1. Lama tak jumpa makcik! Makin handsome dah ;)

    ReplyDelete
  2. Alamat full adres ade ke...sy y duk kepong pon cr x jmpe..

    ReplyDelete